Malah menurutnya tuduhan yang dibuat itu juga boleh merugikan negara.
Sambil menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita.
“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini pada Ahad.
Turut hadir, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.
Nazifuddin berkata, tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.
"Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaiki keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.
"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya.
Sinar Harian
Sumber
0 comments:
Post a Comment