Sejak petang tadi berkisar didalam laman media sosial dan juga aplikasi Whatsapp mengenai dakwaan KONONnya YAB Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat dilapangan terbang Senai, Johor.
Selain membuat dakwaan KONONnya YAB Perdana Menteri tidak diberikan sebarang sambutan, pihak yang mendakwa itu juga menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan atas arahan daripada DYMM Tuanku Sultan Johor.
Namun malangnya, dakwaan yang dibuat oleh pihak yang Tidak bertanggungjawab itu adalah Tidak Benar sama sekali apabila dia hanya sekadar menyebarkan 'Half Truth' dari perkara sebenar.
Menurut sumber, Perdana Menteri telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu di sebelah malamnya selepas Perasmian Pertandingan Pidato Antarbangsa Bahasa Melayu yang diadakan di PICC, Putrajaya.
Beliau kemudian bertolak ke Singapura pada malam itu juga kerana Perdana Menteri mempunyai majlis di negara berkenaan iaitu sempena sambutan Hari Kebangsaan republik tersebut.
YAB Perdana Menteri kemudiannya juga turut menghadirkan diri ke Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang yang telah dijadualkan pada hari Ahad.
Program itu juga turut dihadiri oleh pemimpin - pemimpin Negara ASEAN serta DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kesimpulannya, dakwaan yang dibuat oleh pihak yang Tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan serta mencemar hubungan baik diantara Tuanku Sultan Johor dan juga Perdana Menteri. Kot ye pun diorang tak suka dengan PM, jangan la fitnah Sultan pulak!!!
Sumber
0 comments:
Post a Comment