Jom Baca

Sunday, August 9, 2015

[WAJIB TENGOK] AKIBAT MUAT NAIK GAMBAR RA-MAS PASA-NGAN SUDAH BERKAHWIN INI DIFIT-NAH!!!


Bukan nak pihak sesiapa. tapi kan lebih baik walaupun dah kahwin tak payah muat naik gambar aksi gersang macam ni? kan dah mendatangkan fitnah. kalau nak tunjuk sangat kenapa tak tunjuk video 3GP terus?


Ini lah sandingku, hanya kerusi plastik tak seberapa. Tiada kompang, tiada katering, tiada dewan. Hanya di surau makan kecil kecilan buat doa syukuran. Tak kisah pun orang hina aku tiada hantaran ke apa ke, hina aku kenapa tak ajak itu ini label aku sombong.

Sebenarnya aku buat mana yang mampu, kalau ajak yg ramai tk cukup plak makanan mmg org kata nk tgk aku je bukan makan pun kalau dh dri jauh dtg tk kan tknk makan mula la mengata suami aku miskin la apa hekeleh.


Lagipun buat apa fikir duit sgt tk memasal aku andartu takpun perempuan tua cri jodoh hahahaha ,kahwin muda mmg bnyk penghalang well orang muda kan selalu enjoy jarang fikir masa hadapan untuk keluarga dan amalan.


Katanya orang tua zaman sekrang... Hey makcik pakcik kepoh, doakan yang terbaik sudah bukan buruk buruk tau. Sekurang kurang kami ikut sunah, wlaupun saya tk tutup aurat sepenuhnya. K apa apa jelah, ini je luahan ku. Cukup la sanding ku begini, buat pe beribu juta jutaan nnt lepas kahwin fikir hutang sana sini. Serabut lepas kahwin nak makan apa last2 makan Pasir wakakaka . Saje ulang tabik ada yg perli huhu #TerimbasKembali#suamitercinta#untilJannah



Continue Reading →

[MESTI BACA] Hasil Pemeriksaan Doktor Keatas Isteri Awie Amat Mengejutkan Semua..!!

#KUALA LUMPUR: Bekas pegawai perubatan dari Hospital Ampang memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin bahawa isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya...

#Dr Siti Farah Mazalan, berkata Rozana, 37, disahkan mengalami kedua-dua kecederaan itu selepas melalui beberapa pemeriksaan x-ray di hospital itu pada 18 Jun tahun lepas...


#"Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene....

#Beliau turut merujuk Rozana kepada doktor pakar hidung, telinga dan tekak dan pakar surgeri yang kemudiannya mengesahkan kedua-dua kecederaan tersebut...

#Dr Siti Farah, yang menamatkan perkhidmatannya di hospital itu Mei lepas, memberitahu mahkamah mengenai perkara itu berdasarkan laporan perubatan milik Rozana yang disiapkannya pada 2 Ogos 2014....

#"Dalam laporan perubatan itu, saya juga mencatatkan sejarah sakit yang diberitahu oleh Rozana dan mengesahkan bahawa dia mengalami sindrom dakwaan isteri dipukul suami," jelasnya...

#Laporan perubatan itu turut mengesahkan hasil daripada pemeriksaan fizikal ke atas Rozana, isteri Awie itu mengalami lebam lama berwarna kekuningan di bahagian lengan kiri, namun tiada kesan kecederaan dilaporkan di bahagian telinga kirinya....

#Merujuk kepada patah di hidung dan tulang rusuk kiri Rozana, Dr Siti Farah, saksi kelima pendakwaan itu tidak menafikan kecederaan itu boleh berpunca daripada pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki...

#Pada 4 Julai lepas, Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas....

#Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, Dr Siti Farah berkata beliau tidak dapat memberitahu mahkamah secara jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana....

#Doktor itu juga tidak dapat memastikan bila berlakunya patah itu dan adakah kecederaan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja....

#Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung pada 30 Nov dan 1 Dis depan....

Sumber
Continue Reading →

[MESTI TENGOK] GEMPAR!! KISAH PELIK 5 LELAKI YANG BERKONGSI SATU ISTERI!!??..

New Delhi : Seorang wanita yang dikenali sebagai Rajo Verma mendedahkan bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak terhenti setakat itu, kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian adik-beradik kandung.


Suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.

Perkongsian rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.
“Ramai yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.

Rajo berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.




“Kami semua melakukan hubungan s3ks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.

Suami-suami Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.
Sebagai suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.


“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.

Tradisi yang diamalkan Rajo sekeluarga ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba ini pada zaman dahulu diamalkan bagi mempertahankan tanah pertanian keluarga.

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. Tiada perasaan iri hati timbul malah saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding kebanyakan isteri lain,” tambahnya lagi.



Sumber
Continue Reading →

[MESTI TENGOK] Gambar no 7 lagi la clear.. Ala2 Style Mat salleh.. perghhh... Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari..

Romantisnya gambar percutian Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Greece ini. Kalau nak jejakkan kaki ke sana memang payahlah. Sedikit sebanyak bila pasangan suami isteri ini berkongsi gambar, dapat juga merasa suasana di Greece. Banyak tempat menarik yang dikunjungi Ashraf dan Bunga. Siap berendam lagi dalam hot spring di sana. Sempoi!!!


Boleh dikatakan ini percutian bulan madu buat pasangan ini. Ada beberapa gambar romantis dengan aksi bercium turut sama dirakamkan. Memang sweet. Satu hari nanti bila anak dah besar, Abang Nara nak ajak wife pergi ke Greece. Lepas tue boleh pusing satu Eropah. Macam best je tengok Ashraf dan Bunga jalan-jalan.










Continue Reading →

[WAJIB BACA] Kisah Benar Jenazah Seorang Isteri Solehah Yang Mengemparkan Penduduk...

Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.


Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

Sumber
Continue Reading →

Saturday, August 8, 2015

‘Kantoi’ tatu

Bangkok: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang mengubah suai senapang angin menjadi senjata berbahaya yang dijual di Internet ditahan selepas polis yang menyiasat aduan pergaduhannya dengan teman wanita berjaya mengenal pasti tatu pada lengannya dari gambar profil Facebooknya.


Alongkorn Roopraman, ditahan bersama 14 senapang angin diubah suai, kira-kira 40 peluru .22 kaliber dan 14 kotak untuk mengepos senjata itu, lewat Khamis.

Polis sudah lama menyiasat peningkatan kes kumpulan remaja yang bergaduh menggunakan senapang buatan sendiri, kata Timbalan Ketua Polis Kanchanaburi Kolonel Chavalit Suksuwan.

Katanya, penyiasat menemui laman Facebook milik pembekal senjata berkenaan yang menggelar dirinya ‘Sua Pung Khote Raham’ dengan wajahnya pada gambar profile ditutup menggunakan kartun, sebaliknya tatu pada lengannya jelas kelihatan.--Hmetro

Continue Reading →

Pengunjung lari bertempiaran selamatkan diri

ALOR SETAR - Pengunjung karnival Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Kedah bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas ribut dan angin kuat menerbangkan lapan buah khemah di Taman Jubli Emas petang tadi.
   
Kejadian pada pukul 4.15 petang itu menerbangkan khemah yang menempatkan haiwan seperti rusa dan ayam eksotik serta gerai jualan produk pertanian dan makanan.

    

Ahmad Samsudin Ibrahim, 45, berkata ketika itu beliau sedang melayan pengunjung yang melawat gerai pameran rusa milik Semeliang Agrofarm Padang Terap.
 
"Angin ribut terus mengangkat khemah yang kemudiannya tersangkut pada pokok di hadapan khemah itu. Ketika itu saya turut berpaut pada tiang kandang rusa untuk menyelamatkan diri. Pada masa yang sama saya melihat ramai orang bertempiaran lari untuk selamatkan diri," katanya yang bertugas sebagai penjaga rusa.
 
Pemilik ayam eksotik, Ishak Yahya, 50, berkata beliau terpaksa membawa balik lebih 50 ekor ayamnya bagi mengelak ayam-ayamnya mengalami masalah kesihatan akibat kesejukan terkena air hujan.

"Buat masa sekarang saya hanya menggunakan kain kanvas bagi mengelak ayam saya daripada terkena air hujan. Saya harap pihak urusetia dapat bina semula khemah yang rosak dengan segera," katanya.
   
Sementara itu Exco Pertanian dan Asas Tani Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memasang semula khemah yang diterbangkan ribut.
   
Beliau berkata kejadian tersebut tidak akan menjejaskan aktiviti karnival yang bakal berakhir esok dan peladang yang mengambil bahagian boleh meneruskan pameran mereka.
 
"Saya bersyukur kerana kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada pengunjung dan tidak mendatangkan kerugian besar kepada peladang yang mengambil bahagian," katanya.
   
Karnival bermula 5 Ogos lepas. - Bernama--Sinarharian
Continue Reading →

Rebecca Razli ‘Wanita Melayu XXXL’ Sebenarnya Tak Wujud ???

DALAM zaman serba serbi dunia teknologi ini, terlalu ramai manusia yang menggunakan nama atau identiti palsu menerusi laman sosial.

Wajah di sebalik nama di Facebook, Instagram atau mana-mana laman Internet itu tidak semestinya wajah sebenar.


Perkara ini pernah berlaku kepada anak penyanyi legenda rock negara, Nabila Huda apabila individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mengaut keuntungan di Facebook.

Pemilik akaun palsu tersebut dikatakan telah memperdaya pengguna lain untuk melakukan transaksi ke dalam akaun simpanannya.

Mungkin terdapat satu penyakit mental khusus untuk tabiat seperti ini kerana terdapat kes kedua pula di mana pelakon Hanez Suraya juga dikatakan telah menjadi mangsa di dalam dunia permainan manusia tidak bertanggung jawab ini.

Terbaharu, ialah mengenai seorang wanita yang mendakwa bernama Rebecca Razli.

‘Rebecca’ ini mendapat ribuan pengikut di laman Facebook dan juga Instagram kerana kegemarannya mengambil gambar selfie sambil menyangkan ‘asetnya’ yang bersaiz XXXXL.



Lamannya sentiasa dikemas kini dengan gambar seksi terbaru selain status acah-acah selebiriti, yang mendakwa kononnya menjalankan tugas modeling, sesuai dengan status pekerjaannya sebagai Freelance Model seperti mana yang tertulis di laman ‘Facebooknya’.

Bukan itu saja, ramai lelaki Melayu beragama Islam memberi komen berbaur lucah di laman Facebook tersebut tidak kira usia tua atau muda.

Namun begitu, hasil carian kami di internet mendedahkan Rebecca Razli yang sebenarnya ialah seorang gadis Indonesia yang menggunakan akaun Instagram becarabecca966.



Yang paling penting, bro bro yang memberi komen di laman personaliti palsu tersebut mungkinkah suami, abah, pakcik, saudara-mara atau sepupu sepapat anda?

Serta mungkinkah identiti sebenar pemilik pemilik akaun palsu tersebut sebenarnya adalah maknyah atau pondan, siapa tahu kan?


Apa-apapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan terhadap manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini.

Dan satu perkara yang kami agak hairan ialah mengapakah akaun ‘pelacur popular’ Zara (bukan palsu) masih bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan? – MYNEWSHUB.CC
Continue Reading →

Popular Posts

Categories

Blog Archive