Rangkanya besar, it runs in the family. Dah bercinta dengan kekasihnya hampir 10 tahun.
Bila hari pernikahan sudah ditetapkan, Nadia mula sibuk nak kuruskan badan. Biasalah orang nak kahwin, mestilah nak nampak elok di hari bersejarah nanti.
Tapi anak kawan Datin X ni terlebih berani. Dia mula menelan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Dahlah ambil ubat illegal, dia telan lebih sebab kononnya nak bagi cepat kurus.
Pada hari perkahwinannya, memang cantik berseri-seri. Semua orang memuji hingga ada yang tidak kenal padanya lebih-lebih lagi bila dah disolek cantik.
Mulanya excited ingat sudah berbadan dua. Tapi awalnya nak bengkak kaki? Suami rasa tak sedap hati dan membawa Nadia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Harapan mahu mendengar dari mulut doktor yang dia disahkan mengandung hancur berkecai.
Remuk hati Nadia bila diberitahu doktor yang buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dengan baik lantas salah satu kesannya adalah kakinya yang semakin membengkak.
Nadia bernasib baik sebab situasinya masih boleh diubati tetapi terpaksa menderita buat seketika kerana rawatannya adalah pengambilan steroid tanpa henti.
Dalam erti kata lain, seluruh tubuh Nadia akan makin membengkak.
Setahun berlalu, Nadia kelihatan seperti lebih berisi dari sebelum berkahwin.
Ini antara efek ubat-ubatan yang diambil. Impian suami mahu menimang cahaya mata sendiri juga terus berkubur sebab rawatan berkenaan membuatkan Nadia tidak mampu melahirkan anak.
Kata doktor, rawatan berkemungkinan akan berpanjangan hingga beberapa tahun lagi. Riak muka suami Nadia begitu sugul sejak diberitahu, Nadia pula mulai murung mengenangkan dia tidak mampu memberi apa yang suaminya idamkan.
Dalam setahun itu, pasangan ini asyik bergaduh atas perkara-perkara kecil.
Hanya sejak kebelakangan ini, rumah lagi ‘panas’ kerana sang suami ambil keputusan untuk tidak lagi duduk di rumah.
Dia keluar mencari kegembiraan sendiri hingga akhirnya memiliki kekasih baru.
Ada yang cakap suami Nadia hanya main-main saja, tapi ada juga yang memberitahu dia akan menyunting kekasih barunya itu sebagai isteri.
Apa nasib Nadia, Datin X pun tak tahu nak cakap.
Datin X terpanggil mahu berkongsi kisah ini kerana boleh dijadikan iktibar kepada semua wanita yang taasub mahu kurus. Jangan ambil keputusan drastik yang mungkin membahayakan kesihatan.
Datin X percaya setiap wanita perlu ambil serius hal penjagaan wajah dan badan. Mesti selalu cantik depan suami.
Sebab kalau lelaki tu cintakan kita, gemuk macam mana pun dia tetap sayang.
Tapi walau muka cantik bak bidadari sekali pun, kalau lelaki tu kata dia nak pergi, dia pasti akan pergi juga.
Sumber
0 comments:
Post a Comment