Dalam kenyataannya sebelum ini menerusi program TV mahupun laman sosialnya, Aliff sering menceritakan betapa sukarnya dia ketika mula-mula menapak dalam industri kecantikkan.
Siapa sangka, Aliff yang kini bergelar jutawan dan memiliki wisma sendiri bernilai RM2.5 juta di Kota Damansara, mula bertatih dengan berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam selama dua tahun!
Kerana Jubah ‘Terlajak Jarang’, Aliff Syukri Minta Maaf
Namun, itu semua cerita beberapa tahun lalu. Hasil usahanya kini, produknya D’herbs telah dikenali seantero Malaysia malah sudah memasuki pasaran global.
Dek kerana kejayaannya, Aliff kini mampu untuk memakai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit iaitu Rolls-Royce. Wow!
Berkongsi di Instagram peribadinya, beliau memuat naik dua keping foto menunjukkan kereta barunya itu.
Kalau ada yang masih ingat, beberapa bulan lalu, Aliff turut membuat kejutan kepada isterinya, Datin Nur Shahida Abdul Rashid ketika sambutan hari lahir apabila menghadiahkan sebuah Range Rover. Masyuk betul, kan?
Ya, tidak salah untuk berangan-angan memiliki kemewahan dan kesenangan, asalkan ia disusuli dengan keazaman, usaha serta doa.
Pastinya, kisah hidup Datuk Terlajak Laris ini harus dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
0 comments:
Post a Comment