Kapsyen yang ditulis Niya ini sangat menyentuh hati dan sesiapa yang membacanya pasti berasa sebak.
Untuk info, Niya telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik pada 8 Ogos lalu.
"Sebak rasanya nk type ni..
"Tulang belakang kakak dr umur kakak 0 tahun sampai lah 22 tahun. Kakak tak pernah jauh dari mamy, org selalu cakap kakak PA mamy sbb asyik berkepit pergi mana mana. Sampai adik adik pun cakap anak manja sbb tak pernah duduk asrama asyik dkt rumah je. Sekolah dkt dgn rmh, sampai lah dah college pun dekat dgn rmh tak boleh duduk jauh.
"Kalau kakak demam, mamy jelah yg akan melayan kakak hantar pergi klinik. Haha demam sikit je pdhl (ni pun adik adik sakit hati je). Kalau shopping pun, "asyik kakak je dpt barang" kata suara org jealous dkt rumah. Punya lah malas nk pergi saloon, mamy jugak yg potong kan rambut. Sampai lah hari sebelum nk nikah, mamy pun cakap "aik nk kahwin dah pun asyik mi mi mi je"
"Mamy dah berkerja keras nk besarkan kakak dgn adik adik sorang sorang sampai kita kena tidur dalam satu bilik 6 beranak. Tapi sikit pun kiteorg tak merungut. Sampai tahap skrg org selalu ingat mamy dah senang.. mamy senang pun, senang utk anak anak.
"Mamy tak pernah nk tanya kakak psl kerja sekolah ke, homework ke, belajar ke.. mamy tak pernah paksa. Tapi kakak buat semua tu tanpa paksaan sbb nk balas balik budi mamy sampai lah skrg baru kakak terasa pandai sikit. Boleh lah kakak bagi segulung diploma & sijil sijil kecemerlangan akademik.
"Thank you mamy, majlis nikah & sanding semua berjalan dgn lancar. Kakak happy sgt bila mamy happy. Kakak pun sedih bila mamy sedih. (Yg lain lain kakak sambung nnti, dah panjang sgt kalau nk type hihi)
"Malam td baru terasa jauh sgt dgn mamy, kesian iman kena pujuk anak mamy ni. Nnti kakak hadiahkan mamy cucu eh? he he h," luah Niya.
0 comments:
Post a Comment