Biarpun menerima ucapan tahniah daripada peminat dan masyarakat yang tahu tentang berita gembiranya itu, Erin nyata kesal denga penyebaran gambar imbasan ultrasound yang menurutnya hanya untuk tatapan ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
“Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.
“Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini,” katanya.
Disamping itu, dek kerana penyebaran berita tersebut Erin dihujani dengan kata-kata yang kurang enak dan mempersoalkan kandungan itu dan lain-lain lagi.
“Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.
“Sekarang saya lebih banyak mendiamkan diri dan tidak memikirkan sangat perkara tersebut,” katanya bersyukur dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
Pada masa sama, Erin gembira kerana suaminya banyak memberikan sokongan apabila dia hamil dan bakal menjadi ibu pada usia muda.
“Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.
“Paling menggembirakan saya hamil anak kembar, bagi saya, semua ini telah ditentukan dan hanya Dia yang tahu apa yang dirancang untuk hambanya,” katanya penuh gembira.
Sumber
0 comments:
Post a Comment