Artis sah bercerai talak satu!!! ~ Jom Baca

Monday, August 10, 2015

Artis sah bercerai talak satu!!!

SHAH ALAM – Pelakon dan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Mazlan Abd. Hamid di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hakim Muhamad Hisyam Zakaria mengesahkan lafaz taklik secara lisan yang dibuat oleh Mazlan, 52, pada pukul 9.30 malam 3 Julai 2013.


Pada prosiding itu, mahkamah menerima pengakuan Mazlan bahawa berlakunya perlanggaran lafaz taklik yang dibuatnya pada tahun tersebut selepas tarikh itu.

Ahli perniagaan itu turut mengaku bercerita dan mengaibkan Rafiena, 33, di hadapan ibu pelakon tersebut.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan peguam syarie Musa Awang yang mewakili Rafiena supaya prosiding semalam dijalankan secara tertutup disebabkan kehadiran wartawan.

Hakim menolak permohonan itu dengan mengambil contoh kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berprofil tinggi turut dilakukan secara terbuka.

“Jadi, saya benarkan mereka (wartawan) berada di belakang,” kata beliau.

Ekoran daripada keputusan mahkamah itu, Rafiena yang berada di hadapan ketika prosiding berlangsung secara tiba-tiba datang ke arah wartawan untuk memohon tiada sebarang liputan dilakukan.

Namun, permintaan pelakon itu tidak dipedulikan bahkan wartawan terus mengikuti prosiding itu seperti mana dibenarkan mahkamah.

Rafiena yang dikenali menerusi drama Perempuan Dalam Pasungan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam (Selangor) 2003 pada Julai lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Januari 2011 dan dikurniakan dua orang anak.--Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Categories

Blog Archive